Labels: , , , ,

Pihak polis akan membuat penutupan / lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpur bermula 12.01 tengah malam ini (9 Julai 2011).

Jalan - jalan yang terlibat adalah :-
- Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara;

- Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara;

- Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Semua pihak diminta memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut (9 Julai 2011) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Sumber : IPK Kuala Lumpur

p/s: Thanks for those info,harap manfaatkan la ye ^^

Labels: , , ,

Assalammualaikum....

Apa khabar semua?? Maaf sangat2,dah lama betul x update ye tak?Syukur alhamdulillah,urusan hidup makin teratur,semua rezeki datang dariNYA.Tak ada apa,saja nak share berita lama yg selalu share,mungkin kawan2 nak tahu perkembangan bukan?Ayuh,lets do same thing like b4,ehehe


Ini apa yang aku spot utk hari ini,amacam...ok kah compare yg lepas punye?ehe...xpe,kita tunggu lagi 1-2 bulan okek?Aku taruk spot kecik jeh, 1540 usd/oz. Okie dibawah mengenai harga pula,mcm biasa...GCP & Public Gold diambil sebagai rujukkan.Btw maaf la GCP x sempat update price baru kot,xpe...pakai je la okie utk rujukkan je pun  ^^



Sekian sahaja berita kali ini,next time kita update lagi...1,2 bulan? oho,x tatau lagi la bro.Ada kelapangan update la okek! Thanks for review ^^

p/s: double click to enlarge

Labels: , , , ,

Assalammualaikum...
Maaf la lambat update,kawan sibuk di Johor mengguruskan sedikit urusan bersama keluarga. Alhamdulilah, ada rezeki yang Allah S.W.T beri dan syukur atas rezeki dariNYA. Owh ya,ada baca berita harian 21 April lepas? Macam biase la,kawan cerita pasal emas je sekarang.Hehe...nanti senang2 kawan cerita pasal benda lain pulak okie ^^

Boleh la tengok2 image di bawah kalau x sempat beli akhbar tersebut.Klick gambar untuk besarkan. :)


Okie,kita keluar dari cerita emas.

2 hari lepas kawan baru balik dari Johor.Macam biasa,bus pengangkutan pilihan kerana mudah dan yang penting JIMAT! :p Pendekkan cerita,kawan turun di Kepong Sentral (naik KTM Komuter dari Terminal Bersepadu Selatan) dan hendak pulang ke rumah sekitar Manjalara. Tanya abg teksi yang majoriti MELAYU yang dok bersantai menunggu mangsa untuk hantar ke rumah. Terus mereka charge RM10 sedangkan rumah tak la jauh mana. Ya Allah,malunya rasa orang MELAYU mcm tu. Harga yang dikenakan sangat tidak logik. Kecewa punya pasal,terus tahan teksi yang lalu depan mata,alhamdulillah uncle menggunakan meter. Tiba di rumah dengan harga charge sebanyak RM4.20 adalah satu nilai yang sangat jauh berbeza dari apa yang dikenakan sebelum tadi.Kawan pun pernah terkena di KTM Sg.Buloh jugak,ishh..

Ingatan: Bukan sahaja orang Melayu,hampir semua bangsa (Cina/India) juga begitu.Tapi tak semua mereka melakukan perkara tersebut.Tapi bak kata pepatah "Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga" Ada setengah tu boleh panggil pak haji (pakai kopiah/songkok) pun sama je,alahai manusia.

Moral: Tak perlu la sembelih bangsa sendiri atau bangsa lain.Mancari rezeki yang halal adalah dituntut dalam Islam.Bagaimanalah nasib anak dan isteri yang diberi makan dan pakaian menggunakan duit yang dicari setiap hari? Tepuk dada tanya Iman.Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada mereka.

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dari-Mu daripada hal yang Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan keutamaan-Mu dari selain-Mu.” (HR Tirmidzi)

Labels: , ,

Syukur kepada Allah S.W.T kerana rezeki itu datang darinya.Masih igt post saya yang lepas? Klik sini 
Harini saya akan kongsikan benda yang sama dengan keadaan yang lain.Ini untuk hari ini,kenaikkan harga emas melebihi USD1500/OZ sangat ditunggu2,ehehe :P

Price melebihi 1500usd/oz ^^
Public Gold 24 hours price ;)

GCP (Goldcrest Pavilion) Daily Price :D

Saya sedang mencari public gold price 24 hours life coding untuk diletakkan di sebelah kanan blog saya,ada siapa2 yang ingin berkongsi?
Boleh email kepada :
kecipak.kecipung@yahoo.com (comel je rase email neh,lolz :P )

Lihat sahaja perbezaan dengan yang lepas,sendiri la nilai okie,nanti cerita panjang2 byk pulak salah.Takot otai2 kat luar thu bising,ehe...share is care,kalo salah tolong tego yeh ^^

Labels: , , , ,

Assalammualaikum...
Maaf le kite lama x update blog neh,almaklum la kite pun ada urusan hidup yang nak uruskan yer tak? (Dah kenapa aku guna "kite" t_t )
Korang ada baca KOSMO tak baru2 ni? Dah 2 hari berturut2 cerita tentang EMAS. Yey!!~ Satu cerita yang baik bagi kami selaku agen,terutamanya aku sendiri la yang baru berjinak2 nak blaja lebih mendalam lagi tentang EMAS ni. Maafkan kesalahan diri ini kalo ada kekuranggan okie ^^

Owh sebelum lari jauh dari topik,ini yang aku dok suke bebeno hah :D

Please see image below (click to enlarge):


Here some sort of that story:

LONDON – Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

“Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini,” kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.


Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

“Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

“Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi,” kata Klapwijk.

Nice! Thanks KOSMO utk cerita yang menarik ini :D Tapi yang kelakarnya,KOSMO 15 April cerita pasal "Kedai Emas Semakin Lengang",tergelak jugak la baca kisah ini.


KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.

Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.

“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.

“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.
Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.

Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.

“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

Lolz...secara logiknya,makin byk emas ko ada,makin masyuk la dey.Dia tutup kedai sbb malas nak bayo sewa kedai kot,emas ada byk x kan tutup kedai kak oii >_< Aku rase otai2 peminat emas pun setuju dgn aku yg tokey kedai emas x rugi pape pun. Makin senyum ada lah :P (Dlm sebulan xkan la langsung xde org beli emas utk majlis pertunangan/perkahwinan kan? )

So apa yang korang tunggu lagi?Gi la beli barang sekeping dua buat simpanan masa depan.X rugi pun,insyaallah rezeki itu datang dariNYA dan kita berusaha utk mendapatkannya ^^ Bila waktu sesuai beli?? Bila korang ada duit,okie tak? Lolz...jgn mengharap utk harga turun,sbb kita x tahu apa akan terjadi pada esok hari :)

p/s: -
-Thanks to my dad for encourage me towards this.He said to me "Within two years,insyaallah...along will be somebody" Thanks dad!!~ :)
-Owh,kami BUKAN ahli publicgold yeh ^^

Guys,perasan x harga emas naik lagi??Duh duh...selama sebulan aku observe di kitco.com (price gold chart was there). Harga emas naik lagi!!~ Adeh aku nak demam nengok chart,hampir menjerit sbb selama sebulan aku dok perhati jeh chart thu turun naik.Mase turun sakit jantung,masa naik pun sakit jantung,bole? :P

Below the picture (click to ENLARGE):

Ini la dia....selama neh aku sport kat 1435/oz.Tak pernah lebih,kalo lebih pun sikit....tapi harineh?Nah amek ko...lolz.Xpe,aku budak baru nak blaja,lots of thing to learn about it ^^

 Ini price kat publicgold which is diorg neh sgt rajen update,ini salah satu tpt rujukkan aku la.Xpernah lepas 16k/100g...harineh bley lepas plak hai,ayaks... >_<
Ini price selama sebulan (7 March 2011 - 6 April 2011).Lihat sahaja kenaikkan,guys...nak tunggu apa lagi?Emas makin lama makin mahal,mula2lah belajar menyimpan okie ^^ 

Also come with some news about it,click here

p/s: kami budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan yeh ^^

Labels: ,

Image dibawah ini memberi tahu anda jawapan.... 

 Harga untuk 3 biji telur dalam matawang mereka..


Wall paper bukan sebarang paper,tp semuanya DUIT weih,kalo ada kat Malaysia,aku igt org berebut amek kan? :D

 Harga untuk sebuku roti,adeh...nilai angka sgt la besar...


 Nak makan duit bawak main bundle jeh..haish >_<
 Cerita betul apa yang terjadi di Zimbabwe,tak percaya? Gi google,ambil tahu sikit ^^

Ini terjadi akibat inflasi,harap tak terjadi di Malaysia la T_T

p/s: aku igt kalau ada nilai thu dlm account kita dan dlm Ringgit,mau jadi billionaire kan? Muhaha (gelak kaya) :P