Labels: , , , ,

Assalammualaikum...
Maaf la lambat update,kawan sibuk di Johor mengguruskan sedikit urusan bersama keluarga. Alhamdulilah, ada rezeki yang Allah S.W.T beri dan syukur atas rezeki dariNYA. Owh ya,ada baca berita harian 21 April lepas? Macam biase la,kawan cerita pasal emas je sekarang.Hehe...nanti senang2 kawan cerita pasal benda lain pulak okie ^^

Boleh la tengok2 image di bawah kalau x sempat beli akhbar tersebut.Klick gambar untuk besarkan. :)


Okie,kita keluar dari cerita emas.

2 hari lepas kawan baru balik dari Johor.Macam biasa,bus pengangkutan pilihan kerana mudah dan yang penting JIMAT! :p Pendekkan cerita,kawan turun di Kepong Sentral (naik KTM Komuter dari Terminal Bersepadu Selatan) dan hendak pulang ke rumah sekitar Manjalara. Tanya abg teksi yang majoriti MELAYU yang dok bersantai menunggu mangsa untuk hantar ke rumah. Terus mereka charge RM10 sedangkan rumah tak la jauh mana. Ya Allah,malunya rasa orang MELAYU mcm tu. Harga yang dikenakan sangat tidak logik. Kecewa punya pasal,terus tahan teksi yang lalu depan mata,alhamdulillah uncle menggunakan meter. Tiba di rumah dengan harga charge sebanyak RM4.20 adalah satu nilai yang sangat jauh berbeza dari apa yang dikenakan sebelum tadi.Kawan pun pernah terkena di KTM Sg.Buloh jugak,ishh..

Ingatan: Bukan sahaja orang Melayu,hampir semua bangsa (Cina/India) juga begitu.Tapi tak semua mereka melakukan perkara tersebut.Tapi bak kata pepatah "Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga" Ada setengah tu boleh panggil pak haji (pakai kopiah/songkok) pun sama je,alahai manusia.

Moral: Tak perlu la sembelih bangsa sendiri atau bangsa lain.Mancari rezeki yang halal adalah dituntut dalam Islam.Bagaimanalah nasib anak dan isteri yang diberi makan dan pakaian menggunakan duit yang dicari setiap hari? Tepuk dada tanya Iman.Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada mereka.

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dari-Mu daripada hal yang Engkau haramkan. Kayakanlah aku dengan keutamaan-Mu dari selain-Mu.” (HR Tirmidzi)

Comments (0)

Post a Comment