Kadangkala kita seringkali lihat makcik2 kita, tak kira siapa, mak sedara, nenek kita, nenek kawan2 kita atau makcik2 di kampung kita, di pasar2, di mana sahaja, kalau di Terengganu ni, anda pergi lah jenguk di pasar payang, kalau di Kelantan, pegi pasar siti khadijah, makcik2 pakai gelang emas sampai ke siku!  Pernahkah kita terfikir kenapa? bukan cantik sangat pun pakai gelang emas sampai ke siku, atau pakai rantai sampai berat leher? Begitu juga, jangan lupa tayangan anak mami yg mengagongkan emas di lengan?

Ini semua adalah kerana nilai emas itu sendiri, makcik2 yang dah tua tu pun tau nilai emas yang tak pernah turun-turun, malangnya kita yg berpelajaran, yg berinternet, yang terlebih ilmu ni ‘kurang’ tau menilai aset yang sangat bernilai ini. ‘Kurang tau menilai’ ini, menyebabkan kita kurang ‘excited’ untuk memilikinya. Kita tinggalkan kegilaan memiliki emas ni kpd isteri kita sahaja, biarlah orang rumah kita sahaja yg beli dan pakai. Malangnya kita, kita sibuk cari bisnes2 lain, masuk MLM itu ini, skim cepat kaya semua kita cuba. Padahal semua modal2 kita yg dahulu yg hangus dlm skim2 tu, kalau kita beli emas dari dulu, mungkin sekarang kita dah kaya-raya atas kenaikan harga emas di pasaran yg tak pernah turun2!.

Kita berbalik pula kepada cerita makcik di pasar khadijah dan pasar kedai payang, urat urat emas ditangan bukan sahaja bermakna kejayaan dalam perniagaan mereka atau lambang perhiasan mereka, ia juga lambang simpanan dan pelaburan mereka. Apabila masa kemarau datang, mungkin urat urat emas ini akan di pajakkan kepada tukang tukang pajak, dan ditebus apabila mampu kembali.

Comments (0)

Post a Comment