Labels: , , , ,

Assalammualaikum...
Maaf le kite lama x update blog neh,almaklum la kite pun ada urusan hidup yang nak uruskan yer tak? (Dah kenapa aku guna "kite" t_t )
Korang ada baca KOSMO tak baru2 ni? Dah 2 hari berturut2 cerita tentang EMAS. Yey!!~ Satu cerita yang baik bagi kami selaku agen,terutamanya aku sendiri la yang baru berjinak2 nak blaja lebih mendalam lagi tentang EMAS ni. Maafkan kesalahan diri ini kalo ada kekuranggan okie ^^

Owh sebelum lari jauh dari topik,ini yang aku dok suke bebeno hah :D

Please see image below (click to enlarge):


Here some sort of that story:

LONDON – Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

“Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini,” kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.


Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

“Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

“Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi,” kata Klapwijk.

Nice! Thanks KOSMO utk cerita yang menarik ini :D Tapi yang kelakarnya,KOSMO 15 April cerita pasal "Kedai Emas Semakin Lengang",tergelak jugak la baca kisah ini.


KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.
Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.

Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.

“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.

“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.
Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.

Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.

“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.

Lolz...secara logiknya,makin byk emas ko ada,makin masyuk la dey.Dia tutup kedai sbb malas nak bayo sewa kedai kot,emas ada byk x kan tutup kedai kak oii >_< Aku rase otai2 peminat emas pun setuju dgn aku yg tokey kedai emas x rugi pape pun. Makin senyum ada lah :P (Dlm sebulan xkan la langsung xde org beli emas utk majlis pertunangan/perkahwinan kan? )

So apa yang korang tunggu lagi?Gi la beli barang sekeping dua buat simpanan masa depan.X rugi pun,insyaallah rezeki itu datang dariNYA dan kita berusaha utk mendapatkannya ^^ Bila waktu sesuai beli?? Bila korang ada duit,okie tak? Lolz...jgn mengharap utk harga turun,sbb kita x tahu apa akan terjadi pada esok hari :)

p/s: -
-Thanks to my dad for encourage me towards this.He said to me "Within two years,insyaallah...along will be somebody" Thanks dad!!~ :)
-Owh,kami BUKAN ahli publicgold yeh ^^

Comments (0)

Post a Comment