Labels: , , , ,


Tetiba tergerak hati nak bukak cerita sikit pasal filem 2 Alam yang dikatakan gempak sangat sebelum ditayangkan.Rasanya dah ramai cerita pasal kegagalan Dr.Rozmey yg menyasarkan kutipan RM40 juta.Finas melaporkan jumlah kutipan sehingga 24 November hanya mencapai sekadar RM230 000. Walaupun dibarisi pelakon2 hebat seperti Aaron Aziz, Faizal Hussein, Rosnah Johari, Sabree Fazil, Kuswadinata, dan bakat baru Suhailah Salam serta Royady Johari,namun filem tersebut gagal menarik penonton bagi menonton filem tersebut.Tapi betul ke pelakon 2 Alam itu malu dengan filem sendiri?Entah,korang baca di murai.com je la ok!
 
Aku rasa para pengkritik filem mahupun rakyat Malaysia tahu mengenai perkara ni,so xnk cerita banyak2lah.Sedikit kepujian kpd DDR kerana berani meletakkan satu sasaran yg melangit tinggi walaupun ia satu angka tidak munasabah bagi para penonton yang sudah bijak memilih filem yang menarik minat mereka,juga mesej positif yang cuba diterapkan dlm cerita 2 Alam.Btw dari segi business,Dr. Rozmey dah sangat terkenal sekarang.Aku dulu sendiri tak kenal sapa tokey Jus Mate 5(JM5) tu,ramai org buat duit dengan berniaga product tersebut dan hasil keberkesanan mengamalkan JM5,cubalah! (haha...promot la pulok :p )

Berbalik kepada tajuk... (merambu dah aku)
  
Typical Malaysian,asik2 cerita hantu atau yg lebih kurang denganya...aku dah mula bosan cerita2 mcm ni.Tak ada idea lain ke?Aku sangat2 mengharap satu cerita yg kalo review sikit iklanya,kita semua tak sabar nak menonton! "Wow,mcm menarik,x sabar nak tunggu tayangannya" "Mcm gempak,wajib tengok ni!"  Aku harap aku akan bercakap sebegitu satu hari nanti untuk menontotn cerita dibikin sendiri oleh anak tempatan.Owh ya,x sabar nak tengok cerita Ngangkung(cinema showtime link),cerita hantu lucu mcm neh boleh layan! Review diberi menarik,harap aku x akan membazir menontonye,hehe :D


Sedikit gambar lucu mengenai cerita 2 Alam,hahaha....ada je idea diorg neh la >_<

Siot je mimik muka last,hahaha =))

Dan juga link video,hahaha...nice! 

p/s: Suka nak sokong filem tempatan,tp mutu hasil filem membuatkan aku malas nak menonton cerita typical yg korang dah boleh jangka jalan ceritanya,cis!


Comments (0)

Post a Comment